Pengenalan


Seminar Kebangsaan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga ke-16 akan  diadakan pada 10-11 Julai 2012. Seminar ini memfokuskan  usaha meningkatkan kesejahteraan pengguna dan keluarga. Golongan profesional di dalam bidang ekonomi pengguna/keluarga, pemasaran, psikologi, sosiologi, pendidikan dan bidang-bidang lain yang berkenaan dijemput untuk mengemukakan kertas dan poster untuk membincangkan teori, empirikal, pedagogi, dan dasar yang berkaitan dengan tema seminar.

Peningkatan/perbezaan yang dibuat dalam seminar ini, selain daripada yang biasa adalah menjemput Generasi Y sebagai ahli panel dan peserta pada seminar ini. Pelancaran risalah MACFEA dan profil kepakaran ahli MACFEA akan diedarkan kepada peserta dan pihak-pihak berkaitan semasa seminar sebagai publisiti untuk MACFEA dan memperkenalkan MACFEA kepada kementerian, agensi dan persatuan yang berkaitan.



Tema Seminar

Tema bagi Seminar Kebangsaan MACFEA ke-16 adalah Kelestarian dan Kualiti Hidup


Sub-tema bagi Seminar ini adalah seperti berikut:

1. Penggunaan lestari
2. Pendayaupayaan dan Kualiti Hidup
3. Pengeluaran Lestari
4. Perlindungan dan Advokasi Pengguna
5. Kelestarian Pendidikan Pengguna
6. Globalisasi dan ICT dalam Kepenggunaan
7. Pembangunan Lestari


Pengumuman tarikh-tarikh penting

Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh penting bagi penghantaran abstrak dan juga kertas kerja telah diumumkan.

Klik di sini untuk mendapatkan tarikh-tarikh tersebut.

Penghantaran Kertas Kerja

Dimaklumkan bahawa format abstrak, kertas kerja dan juga poster telah di keluarkan.

Klik di sini untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Tempat

Lokasi seminar telah ditetapkan iaitu di PALM GARDEN HOTEL, PUTRAJAYA.

Untuk keterangan lanjut mengenai tempat seminar dan juga lokasi, sila klik di sini.

Sebarang urusan penginapan akan diuruskan oleh peserta sendiri.