Pengenalan


Seminar Kebangsaan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga ke-16 akan  diadakan pada 10-11 Julai 2012. Seminar ini memfokuskan  usaha meningkatkan kesejahteraan pengguna dan keluarga. Golongan profesional di dalam bidang ekonomi pengguna/keluarga, pemasaran, psikologi, sosiologi, pendidikan dan bidang-bidang lain yang berkenaan dijemput untuk mengemukakan kertas dan poster untuk membincangkan teori, empirikal, pedagogi, dan dasar yang berkaitan dengan tema seminar.

Peningkatan/perbezaan yang dibuat dalam seminar ini, selain daripada yang biasa adalah menjemput Generasi Y sebagai ahli panel dan peserta pada seminar ini. Pelancaran risalah MACFEA dan profil kepakaran ahli MACFEA akan diedarkan kepada peserta dan pihak-pihak berkaitan semasa seminar sebagai publisiti untuk MACFEA dan memperkenalkan MACFEA kepada kementerian, agensi dan persatuan yang berkaitan.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.